Ahad, 2 April 2017

[225] Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas G2 Siri 7

Syukur Alhamdulillah, peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah berjaya menyempurnakan Projek Penempatan Siri 7 yang menjadi keperluan wajib bagi mencapai pengiktirafan Tahap Emas. Mereka adalah Kamsari Subroto (Ketua), Hamka Arshad dan Mohd Ifran Abdullah. Mereka juga telah dibantu dipantau oleh barisan Mentor dan Panel Penilai iaitu Mizam, Firdaus, Iftitah, Ashraff dan Riduan.



Projek telah diadakan pada 20 - 25 Mac 2017 lalu di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Ia merupakan Projek Penempatan paling panjang dalam sejarah pelaksanaan oleh G2 iaitu selama 6 hari 5 malam.

Mari kita fahami dahulu serba sedikit latar belakang projek ini sebelum kita melihat himpunan gambar dan video sepanjang program.

TEMPAT
Kampung Paya Besar,
Kuala Berang,
21700 Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
Jarak perjalanan dari Segamat ke Kg Paya Besar, Kuala Berang adalah sejauh 357km dan mengambil masa 3 jam 59 minit melalui Lebuhraya Pantai Timur II




MATLAMAT
Melaksanakan program intervensi krisis pasca bencana untuk penduduk kampung menerusi pengukuhan ikatan persefahaman dan nilai simbiosis pembelajaran adat, budaya dan sejarah.

OBJEKTIF
Melaksanakan program khidmat masyarakat – intervensi krisis pasca bencana bersama komuniti
Mempelajari kepelbagaian nilai adat, budaya dan sejarah setempat
Menyumbang kemahiran kepada komuniti
Mempromosi sifat kesularelawanan generasi muda.Melayakkan untuk ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas


Kamsari bin Subroto
§  Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perjalanan projek
§  Menyelaras kewangan projek bersama para Mentor
§  Menyelaras kerja dan memastikan perlaksanaan di kalangan semua ahli
§  Membuat kata putus bersama para Mentor dan menyelesaikan segala masalah yang timbul

§  Bertindak sebagai jurucakap rasmi kepada semua ahli kumpulan
§  Merancang dan menurunkan kuasa perjalanan program kepada ahli kumpulan.
§  Menyelaras perhubungan di antara peserta dan pihak lain.
§  Memastikan perhubungan di antara peserta projek dan semua pihak – pihak yang terlibat atau berkepentingan berjalan lancar
§  Menjaga kebajikan (penginapan, makan minum, pengangkutan, perubatan, kecemasan) semua ahli projek, Mentor, Penilai Dalaman dan pegawai – pegawai yang terlibat

Hamka bin Arshad
§  Menyelaras kerja – kerja pengurusan program
§  Menyelaras persiapan awal program
§  Mendokumentasikan semua perjalanan projek menerusi gambar dan video
§  Mempromosi projek dan hasil menerusi media sosial
§  Mengumpul hasil menerusi media untuk laporan blog, YouTube, Facebook dan lain – lain media.
§  Menghasilkan CD video projek
§  Membuat persembahan multimedia untuk majlis rasmi
§  Membantu Ketua menyelaras perhubungan dengan pihak luar
§  Merancang, melaksanakan dan menggerakan aktiviti di bawah Kluster Khidmat Masyarakat
§  Bersama dengan semua ahli yang lain dalam melaksanakan aktiviti projek
§ Berhubung dengan pengurusan untuk penyelarasan aktiviti Khidmat Masyarakat

Mohd Ifran bin Abdullah
§  Mengawal kewangan program
§  Menyelaras aktiviti landskap
§  Membantu Ketua Kluster Khidmat Masyarakat
§  Menyelaras kelengkapan, persiapan dan persediaan barang – barang keperluan
§  Menyelaras penginapan dan pengangkutan
§  Membantu Ketua dan Setiausaha dalam membuat dan mencapai keputusan yang terbaik
§  Memastikan keperluan untuk program sentiasa mencukupi
§  Membantu Ketua Projek dalam membuat keputusan, perancangan dan perlaksanaan.
§  Mengendalikan acara rasmi Majlis Perasmian Penutup
§  Menggerakkan kerja – kerja berkaitan dari masa ke semasa sebagaimana yang dijangka timbul
§  Bersedia untuk melaksanakan apa jua aktiviti
§  Bersama dengan semua ahli yang lain dalam melaksanakan aktiviti projek
§  Mengumpul semua bahan – bahan bercetak atau tidak bercetak untuk dijadikan evidens di dalam laporan akhir.


TENTATIF PROJEK



HARI PERTAMA, 20 MAC 2017











HARI KEDUA, 21 MAC 2017


















HARI KETIGA, 22 MAC 2017

















HARI KEEMPAT, 23 MAC 2017

























HARI KELIMA, 24 MAC 2017
















HARI KEENAM, 25 MAC 2017


















17 SIRI VIDEO PROJEK PENEMPATAN SIRI 7

Pra - Projek : 2 video
Persembahan Zapin - 1 video
Montaj - 1 video
Menggagau Ikan - 3 video
Seni Budaya - 1 video
Sepak Takraw - 1 video
Menembak Ikan - 1 video
Wau Bulan - 4 video
Motivasi dan Sukaneka - 1 video
Pelbagai Aktiviti - 1 video
Majlis Penutup - 1 video
Semua dipaparkan di www.youtube.com/beliag2pemanis




















MEDIA : Team Projek Penempatan ARPRM G2 Siri 7 bersama orang Kampung Paya Besar dan penduduk Kuala Berang mendapat liputan Sinar Harian Edisi Terengganu semasa aktiviti mengerau ikan Sungai Berang.

TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat untuk satu program panjang Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 7. Semua orang Kampung Paya Besar, penduduk Kuala Berang, Hulu Terengganu, JKKK Kg Paya Besar, cawangan (termasuk sayap - sayap), alam yang indah dan terutamanya untuk keluarga angkat. Juga untuk barisan Mentor, Panel Penilai (Dalaman dan Luaran), sukarelawan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan juga Yang Berbahagia Datuk Dr. Rosli. Terima kasih :)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...