Rabu, 26 April 2017

[230] Penyerahan Laporan ARPRM Tahap Emas - Kamsari Subroto dan Pebi Pitri Anasari Henrizal

AHAD, 16 April 2017 - Berlangsung Majlis Ringkas Penyerahan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) Tahap Emas dari salah seorang lagi peserta iaitu Kamsari Subroto. Laporan diterima oleh Encik Mohd Hayadde Hamzani (Hyad Eddie), Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Kamsari merupakan peserta paling tua dalam kelompok tahun ini yang menyempurnakan semua aktiviti dan dokumentasi. Beliau memulakan ARPRM dan memiliki pentauliahan Gangsa pada tahun 2009 dan Perak pada 2011.

Bagi pihak semua pada tahap Emas, mengucapkan tahniah kepada beliau. Mentor (Mizam Rahim), Panel Penilai Dalaman (Iftitah Ishak dan Mohd Firdaus ZA), Panel Penilai Luaran (Ahmad Riduan Nawawi), Jurulatih dan pasukan sokongan Tahap Emas (Mizam, Azizi Abd RahimShamsuddin Bin SukorRaziman Joraimi, Nor Atiqah, Mohd Daud dan ramai lagi). Juga kepada mereka yang memberikan sokongan dan penyediaan asas pembentukan (Encik Ibrahim Bin Bujang, Puan Norhayati Iskar dan Puan Zura Wannadia dari PBSD Segamat). Terima kasih.

[Buku Rekod lima komponen itu terlalu tebal. Bertulis tangan. Paling tebal dalam sejarah ARPRM G2]











#TheGoldenTeam dalam #TheSurvivor juga mencipta. Menyediakan sokongan pengurusan dan khidmat sehingga satu laporan ARPRM Emas luar dari Segamat terhasil untuk tahun ini. Ramai yang telah kita cuba bantu, tetapi Pebi Pitri Anasari Henrizal ada magis dan kekuatan dalaman dia tersendiri. Pertama kali dua Badan Operasi ARPRM bersama dalam menyempurnakan Tahap Emas. Pertama, terima kasih pada Chief Mo Rahiman di atas kepercayaan ini. Semoga Tuan kembali sihat seperti sedia kala. Kedua, terima kasih pada seluruh Team G2 dan Team Gen Y, Kulai atas sokongan, persefahaman dan pengorbanan. Ketiga, terima kasih untuk semua pasukan Mentor, Penilai dan Jurulatih. Akhir, tentunya tahniah buat Pebi. Secara statistik ini bakal Emas pertama untuk Quantum dan pertama secara jalinan kerjasama. Membuka dimensi baru yang diusahakan sejak 15 bulan lepas.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...