Ahad, 28 Julai 2019

[398] Ujian Yang Berat Untuk Orang Yang Hebat

Catatan pengalaman Norshahira Isa, salah seorang #TeamTutor dalam Projek Sukarelawan Pendidikan G2 ketika melaksanakan Projek Sukarelawan Pendidikan : Sukarelawan Dalam Kelas di SK LKTP Pemanis 1. Beliau adalah mahasiswa UIAM.

Students saya hari ini yang sangat istimewa. 
(Takda yang menari kpop dah Alhamdulillah semuanya behave) 😂

Pengajaran yang saya boleh kongsi harini :
1. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak sempurna, akan ada perkara yang kita tidak tahu atau tidak mahir. Namun, jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami sesuatu ilmu tersebut, kita boleh berjaya.
Saya nampak kesungguhan students saya untuk belajar. Salah seorang daripada mereka mempunya tulisan dan jalan kerja yang sangat kemas. Untuk memudahkan dirinya apabila mengulangkaji. Sangat tersusun. Kemas. Cantik. 

Seorang lagi, 
'Aduh akak, nota ni nak kena tulis kat mana ni kak. Tak muat ni'
'Kak, nak tulis kat mana ni kak? Macam mana ni kak'
Ya. Dia paling banyak bercakap dan bertanya. 
Apa yang saya seronok, apa-apa nota yang saya tulis di whiteboard, mereka akan salin. Dan hafal. (Ni aku paksa. Cikgu garang😝) dan habis kelas, saya tanya semula. Sampai muka dah bosan nak jawab sebab dah hafal. Semoga esok kalau tanya lagi, mereka masih ingat ☻

2. Seberat mana pun ujian yang kita lalui, percayalah bahawa ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Dan Allah tidak akan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan kita. Dan ternyata benar, salah seorang daripada student saya sangat kuat. Di samping ujian sakit yang dianugerahkan oleh Allah untuk dirinya, dia masih boleh belajar seperti biasa dan ya, dia ada potensi yang besar untuk berjaya.
(P/s: cuma dia tak suka bercakap tapi saya yang banyak cakap. Jadi saya bercakap je walaupun dia taknak bercakap. Dengar sesekali je dia bercakap dengan kawan-kawannya 😂)
Semoga Allah permudahkan setiap urusanmu, wahai adik-adik 💖

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...