Jumaat, 12 Julai 2019

[394] Majlis Perpisahan Encik Ibrahim Bujang


RABU, 9 JULAI 2019 : Meraikan Encik Ibrahim Bujang, Pegawai Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang akan berpindah ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Esok, Khamis adalah hari terakhir beliau di Segamat.

Turut meraikan adalah Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali, Pengetua SMK Palong Timur.

Encik Ibrahim memulakan perkhidmatan di Segamat pada April 2008 dan berbakti selama 11 tahun 3 bulan di Tanah Raja Segala Buah ini.

Menerusi projek di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, G2 melangkah lebih luas semasa beliau menjaga Unit Rakan Muda Daerah Segamat. 2009 atas kuota Rakan Muda, mendapat tempat ke APEC Voice of the Future di Singapura. G2 juga menjadi Badan Operasi sendiri untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda lantas melahirkan beratus - ratus penerima Tahap Gangsa dan Perak. Seramai 29 orang penerima Tahap Emas juga lahir di bawah G2 semasa perkhidmatanya di daerah lagenda ini. Tidak ketinggalan, G2 mendapat Anugerah Badan Operasi ARPRM Aktif Negeri Johor. 






Seluruh keluarga besar ARPRM G2 dan Daerah Segamat merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, budi, sokongan dan bantuan beliau semasa di Segamat. Semoga Encik Ibrahim akan terus cemerlang walau di mana ditempatkan.
.
Terima kasih Encik Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...