Rabu, 10 Julai 2019

[393] Orientasi dan Majlis Penyerahan Felo Perdana dan Felo Korporat 2019

Persatuan Belia G2 FELDA Pemanis merakamkan setinggi - tinggi tahniah buat Suria binti Sipon, salah seorang ahli G2 yang dipilih menjadi antara felo dalam Kumpulan Pertama pelaksanaan Felo Korporat GLC Kerajaan Malaysia. Beliau ditempatkan di GLC Bousted Holdings.

Sementara itu, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Felo Perdana dan Felo Korporat 2019 kepada Menteri-Menteri Kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Korporat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat, 5 
Julai 2019.









Seramai 76 Felo Perdana serta 35 Felo Korporat diserahkan kepada 28 Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan 19 syarikat korporat terbesar Malaysia. Ia adalah calon yang berjaya dari sejumlah 848 permohonan setelah melalui pelbagai peringkat tapisan termasuk temuduga dan penilaian keselamatan.
Sebelum itu, selama 3 hari bermula 2 - 4 Julai 2019, para peserta program Felo Perdana dan Felo Korporat telah mengikuti oreintasi yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.



Program ini merupakan inisiatif yang membuka peluang para belia yang mempunyai nilai kepimpinan tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Felo Perdana memberikan peluang dan pendekatan secara langsung kepada Menteri Kabinet untuk melihat sendiri bagaimana Kerajaan menggerakkan sesebuah negara.
Ia memberikan peluang untuk terlibat secara dekat bagaimana peringkat tertinggi Kementerian dalam menggubal dasar, melaksana pelbagai inisiatif dan mendekati rakyat untuk mewujudkan negara maju tanpa meminggirkan mana-mana individu. Ini merupakan tahun ke 7 pelaksanaan Felo Perdana.


Felo Korporat pula merupakan inisiatif baharu untuk mendekatkan jurang antara Kerajaan dan GLC di samping memberi peluang kepada anak muda mengambil pengalaman daripada tampuk kepimpinan syarikat terkemuka dalam negara yang dimiliki oleh Kerajaan.  Kumpulan ini merupakan kumpulan Kohort Pertama pelaksanaan Felo Korporat.






Pelaksanaan tahun pertama disertai 19 syarikat korporat seperti Permodalan Nasional Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Axiata Group Bhd, AirAsia Bhd, Earnst and Young, Khazanah Nasional Bhd, Telekom Malaysia dan Petronas.






Tahniah semua Felo Perdana dan Felo Korporat 2019



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...