Ahad, 28 Julai 2019

[397] Cikgu Mesti Suka BlackPink Kan?

Catatan pengalaman Norshahira Isa, salah seorang #TeamTutor dalam Projek Sukarelawan Pendidikan G2 ketika melaksanakan Kem Akademik UPSR 2019 - Klinik Sains Siri 18 di SK Bandar Putra, Segamat pada 27 Julai 2019.
Cerita ini dipetik menerusi Facebook beliau.
Saya masih ingat cikgu Biology sewaktu saya tuition di ASBKL (tapi lupa nama sebab cikgu yang ajar ramai sangat ðŸ˜­ tapi ingat muka ðŸ˜‚), beliau menyuruh kami bertanya satu soalan pada beliau sebelum beliau mula mengajar. Soalan-soalan biasa seperti 'umur cikgu berapa', 'cikgu dah kahwin ke belum' dan pelbagai lagi.
Apa yang beliau tegur kami, saya ingat sampai sekarang. 
"Soalan yang pertama yang keluar dari mulut kamu semua melambangkan sejauh mana kamu bersedia untuk mula kelas kita harini. Ternyata, tiada seorang pun yang bersedia untuk mata pelajaran saya".

Dulu, saya rasa agak 'wow mana boleh judge macam tu. Kan nak kenal cikgu'. Tapi sekarang, apabila saya sudah mula menjadi tenaga pengajar, saya faham dan saya akui kenyataan tersebut.
Soalan pertama yang student saya tanya hari ni ialah 'cikgu mesti suka blackpink kan?' ðŸ˜‚ Allah. Nak tercabut jantung aku tadi sebab soalan yang sangat tak dijangka. Dan ternyata memang dia tidak bersedia untuk menyertai kem akademik sekolahnya.
Baru buat beberapa soalan, minta rehat 30minit. Saya bagi rehat 5 minit. ðŸ˜‚ betul2 lepas habis rehat 5 minit, minta izin nak pergi tandas. Selepas pergi tandas, selak2 kertas tengok berapa banyak lagi soalan yang perlu dibuat, muka stress dan mengantuk. Bila ajar, sibuk pandang tempat lain dan tidak focus. Tapi kalau bercerita tentang apa yang dia minat, terus hilang rasa ngantuk ðŸ˜‚
Sekarang saya faham penat lelah cikgu2 yang mengajar saya. Saya faham kenapa saya kena marah. Saya faham perasaan cikgu2 bila tanya anak murid adakah mereka faham tentang pelajaran yang diajar. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk mendidik dan menjadi pemimpin kepada anak-anak muda zaman sekarang ðŸ’–

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...