Rabu, 24 Julai 2019

[395] Part 1 : Di Sebalik Tabir Penyediaan Laporan ARPRM Tahap Emas



Proses semakan dan pengesahan semua laporan ARPRM - DofE Tahap Emas telah dilakukan beberapa hari sebelum tarikh akhir penghantaran laporan. Sebanyak 7 set laporan dari 7 orang calon Emas telah disemak, setelah mereka selesai melengkapkan semua 5 komponen dilampirkan bukti menerusi Buku Rekod, Buku Log,  Laporan dan 'soft copy' gambar dan video.

21 Jun : Menyerahkan 7 laporan ini kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menerusi Cik Liyana yang menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Rakan Muda Kreatif Daerah Segamat di Ulu Jementah, Segamat. Beliau mewakili Puan Wardah, Penolong Pengarah Rakan Muda Johor.

24 Jun : Encik Azizi Abd Rahim, salah seorang Mentor untuk program ARPRM - DofE G2 menyerahkan set laporan ke Unit ARPRM, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya.












Sesi semakan pada peringkat Jabatan dan Kementerian sedang dilakukan. Selepas itu, sesi penilaian pada peserta - peserta ini akan dilakukan mengikut negeri.

Kesemua calon Tahap Emas seluruh Malaysia dijangkan akan ditauliahkan pada 11 September ini bertempat di Shaftbury Asteria, Putrajaya.








Untuk tahun 2019 menerusi Kohort Emas ke 5, G2 mencalonkan 7 peserta yang telah sempurna aktiviti dan perekodan. Mereka adalah :

1. Mohd Affif Haziq bin Malik, 17
2. Nuraliah Syamimi binti Abdul Wahab, 17
3. Suliyza binti Rosli, 17
4. Hairul Asraf bin Abas, 20
5. Mustakim bin Abdul Kahar, 20
6. Amirah Syafiqah binti Mohd Faizal, 19
7. Iman Nurhaqim bin Norrizam, 19

Syabas dan tahniah diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...