Menempuh cabaran dalam hentakan Covid 19 memaksa kita untuk banyak berubah. Syukur Alhamdulillah bersama Pasukan Sukarelawan Pendidikan #TeamG2, kami mengisi ruang yang diberikan untuk menerobos dunia tanpa sempadan, secara virtual, menerusi 2 sesi Guide di dalam #TAG4Future - Teach and Guide for Future.
Khamis lepas bersama senior hebat #TeamG2 yang sedang menyiapkan PhD, Encik Saifuddin Isa untuk #LifeAfterSPM - unleash Your Potential Skills. Manakala semalam, Rabu bersama seorang lagi senior #TeamG2 yang juga hebat, Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin dan rakannya Encik Akmal untuk Penulisan Resume dan Persediaan Temuduga.
Projek ini hampir berkubur kerana kekangan pendemik yang melanda. Namun, kekuatan pasukan mengatasi segalanya. Kita beralih platform ke dunia maya. Meluaskan kumpulan sasaran dan membuka semua sempadan yang ada : Menjadikannya sebuah program bertaraf Kebangsaan.
Sungguh saya teruja dengan hampir 1,000 penyertaan secara kumulatif dari kedua - dua sesi. Maaf kepada yang tidak dapat mengakses masuk ke dalam sistem yang disediakan. Mungkin sistem juga terperanjat dengan sambutan ini.
Terima kasih Encik Saifuddin, Encik Firdaus, Encik Akmal, Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO, Kementerian Sumber Manusia.
Terima kasih kepada semua yang menjadi tulang belakang, memerah otak, menggerak sukarelawan dan merangkakan hubungan teknikal. Terima kasih Azhari, Mustakim, Irfan, Ashraf, Asraf, Anis, Syikin, Iman dan Atikah. Terima kasih Impact Malaysia untuk peluang yang diberikan.Tanpa anda, siapalah saya untuk berdiri menulis kata - kata ini.
Keseluruhanya, projek #TAG4Future tamat di sini. Bermula dari idea dalam bulan Jun yang diwarisi dari Encik Firdaus 4 tahun lalu apabila ditolak oleh agensi Kerajaan Negeri, hinggalah pelaksanaan bermula Ogos dan tamat semalam. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)