#TeamG2 Bersedia Untuk Kerja Lapangan Indeks Belia Malaysia 2020
SEGAMAT, 6 dan 7 Disember - "Saya telah merancang penggunaan masa saya di antara tanggunghawab belajar secara ODL sebagai mahasiswa UMK dan kerja lapangan Indeks Belia Malaysia 2020."
Begitu yang dilontarkan oleh Kadem Kahar, mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan dari #TeamG2 apabila ditanya bagaimana beliau akan menyempurnakan semua kerja - kerja lapangan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2020 sebagaimana yang diamanahkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Kadem menjadi enemurator IYRES buat kali pertama. Sebelum ini, beliau melihat pengalaman yang dilalui oleh abangnya, Mustakim sebagai enemurator pada tahun lepas untuk Kajian Pasca PRU - 14, juga menerusi IYRES.
Manakala menurut Irfan, "Ini kali kedua saya menjadi enemurator. Kali pertama adalah semasa Himpunan Muafakat Belia Johor di mana Segamat adalah tuan rumah peringkat negeri pada tahun 2017 lalu."
"Justeru, saya sudah sebanyak sedikit mempunyai pengalaman dan tahu bagaimana untuk bertindak," tambah mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Secara keseluruhan, #Team G2 seramai 7 orang termasuk seorang Penyelaras Daerah telah bersiap sedia untuk membantu negara bagi mendapatkan data - data pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan belia Malaysia menerusi kerja lapangan IBM 2020 ini.
Bertugas sebagai enemurator memberikan pengalaman dan siginifikasi untuk resume yang tidak ternilai, di samping dapat mencari pendapatan tambahan. Ia juga memberikan nilai tambah kemahiran insaniah terutamanya komunikasi, perancangan dan penyelidikan sosial yang tentunya menjadi kelebihan buat mereka yang terlibat.
#IBM2020
#IndeksBeliaMalaysia2020
Comments
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)