Selasa, 1 Disember 2020

[616] Di Sebalik Tabir : Persiapan Projek Edaran Face Mask dan Hand Sanitizer

 Projek Edaran Face Mask dan Hand Sanitizer untuk komuniti Segamat telah dilaksanakan oleh #TeamG2 selama 11 hari di 12 lokasi. 15 orang sukarelawan telah berjaya menggerakkan projek ini meliputi kerja - kerja pengurusan, pendanaan, persiapan belakang tabir dan turun ke lapangan.

#TeamG2 mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk pelaksanaan projek ini. Terima kasih juga kepada semua sukarelawan yang telah bersama - sama menggerakkan program.

Projek ini merupakan kali kedua dilakukan. Kali pertama dahulu ia telah memberi manfaat kepada 6 buah sekolah. Kali ini, ia untuk pengunjung dan peniaga yang ada di semua Pasar Lambak dalam daerah Segamat.

Doakan agar projek ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...