Kerja Lapangan Indeks Belia Malaysia 2020 - Bahagian 1
6 - 10 Disember 2020 : Sebahagian dari gerak kerja lapangan Indeks Belia Malaysia (IBM) 2020 oleh enemurator #TeamG2. Ia akan berlangsung sehingga 15 November ini, atau setelah habis borang kajian, mana - mana terdahulu.
Secara keseluruhan, #Team G2 seramai 7 orang termasuk seorang Penyelaras Daerah telah berkhidmat membantu negara bagi mendapatkan data - data pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan belia Malaysia menerusi kerja lapangan IBM 2020 ini.
Mereka telah ke beberapa penempatan di dalam Daerah Segamat, berdasarkan pecahan responden yang diperlukan, untuk mendapatkan maklumbalas dari pelbagai kelompok belia meliputi umur, jantina dan kaum yang berbeza.
Ia adalah projek Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan yang digerakkan ke seluruh negara.
#IBM2020
#IndeksBeliaMalaysia2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)