PROJEK PENEMPATAN SIRI XI - Hari 2 - Pagi
Lawatan dari Majlis Daerah Mersing
Kumpulan projek 5 hari di Mersing telah menerima lawatan dari para Pegawai, Majlis Daerah Mersing. Sedikit maklumbalas dan pertukaran idea telah diadakan.
Majlis Daerah Mersing juga mengalu - alukan penglibatan sukarelawan dalam kerja - kerja alam sekitar, terutamanya yang melibatkan pantai di sepanjang persisiran daerah ini.
Seramai 7 orang peserta ARPRM Tahap Emas - The Duke of Edinburgh’s International Award - Gold Standard akan melaksanakan projek ini di Mersing, Johor dari 18 - 22 Disember.
Projek Penempatan kali ini diberi nama ‘Merinding di Mersing’ - Sukarelawan Alam Sekitar : Masa Depan Ekosistem Kita.
Mereka diiringi dan dipantau oleh 4 orang Mentor, Jurulatih dan Penilai.
Selamat maju jaya buat semua.
#ARPRM #DoE #DofE #PP11 #MerindingDiMersing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)