Khamis, 30 Disember 2021

[964] Taklimat Persediaan Banjir Kepada Komuniti Segamat

DEWAN SERBAGUNA SEGAMAT, 28 Disember - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini telah memenuhi undangan Tuan Pegawai Daerah Segamat bagi menghadiri Taklimat Persediaan Bencana Banjir Kepada Komuniti Masyarakat Segamat.

Ia telah diadakan di Dewan Serbaguna Segamat bermula jam 09.00 pagi dan berakhir kira - kira jam 12.30 tengah hari.


Tuan Haji Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyampaikan ucapan perasmian taklimat. Ia kemudian diikuti dengan sesi taklimat persediaan menghadapi -mbanjir oleh 7 Jabatan / Agensi dalam daerah Segamat.


Jabatan / Agensi tersebut adalah Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.


















Kira - kira 200 pimpinan masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan hadir dalam sesi tersebut.  #TeamG2 menghantar 3 orang wakil sebagaimana dipinta oleh Pejabat Daerah Segamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...