Khamis, 16 Disember 2021

[949] Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli JKOT ARPRM

11 ORANG DILANTIK AHLI JKOT ARPRM

BANGI, 15 Disember - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) hari ini secara rasmi melantik 11 orang Pemimpin Anugerah (Mentor) yang dipilih dari seluruh negara sebagai Ahli kepada Jawatankuasa Teknikal dan Operasi (JKOT), program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).


Salah seorang yang dipilih menganggotai JKOT adalah Ketua Mentor dan Penyelaras ARPRM dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Encik Mizam Rahim. 


Ahli - ahli JKOT terdiri dari pensyarah universiti, guru - guru kanan dan cemerlang, Pegawai - Pegawai KBS dan pimpinan dan penasihat NGO. Mereka akan berkhidmat selama 2 tahun.


Penyampaian Watikah Perlantikan itu disampaikan oleh Datuk Dr Hajah Wasitah Haji  Mohd Yusof, Ketua Pengarah JBSN sempena MAGAA Gala Dinner bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi.



























































Menurut Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Ahli JKOT berperanan meneliti, menilai, mengesahkan serta memberi pandangan dan syor dalam menjaga kualiti ARPRM.


Seramai lima orang lagi dari Alumni ARPRM dan Pemegang Emas Persatun Belia G2 Felda Pemanis turut bersama dalam majlis yang juga meraikan 10 tahun Pertubuhan Belia Emas Perdana Malaysia (MAGAA).


#ARPRM #JKOT #TheSurvivor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...