Rabu, 8 Disember 2021

[945] Sukarelawan Prihatin COVID - 19 : Surau Taman Pelangi

TAMAN PELANGI, 7 Disember - Peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Muhd Asraaf Rahmat hari ini menyempurnakan aktiviti terakhir elemen Khidmat Masyarakat beliau pada Tahap Gangsa dengan membantu Ahli Majlis Perbandaran Segamat (MPS) Zon Pogoh, Encik Zaini Ahmad menerusi agihan barang - barang Prihatin COVID - 19.

Ia telah diadakan di Surau Taman Pelangi. Seramai 20 orang penerima telah menerima sumbangan MPS tersebut. Ia turut dihadiri oleh Ketua Kampung, Tok Yusuf Markomi dan Pegawai Penyelaras MPS Zon Pogoh, Encik Aiman.

















Elemen Khidmat Masyarakat merupakan salah satu dari 4 komponen wajib untuk disempurnakan oleh semua ARPRM mengikut jumlah jam dan bulan tertentu. Ia kemudian akan direkodkan dan disahkan oleh Mentor.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan The Segamat Buddhist Society adalah dua NGO yang ditauliahkan oleh KBS untuk melaksanakan program ARPRM di Segamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...