HARI 22 : EDARAN BANTUAN BERAS BANGSA JOHOR - DUN PEMANIS : TAMAN PERUMAHAN DAN ZON KAMPUNG ABDULLAH
KAMPUNG ABDULLAH, 28 Mei - Enam orang Sukarelawan Southern Volunteer DUN Pemanis dari #TeamG2 hari ini bersama keseluruhan 10 orang sukarelawan telah diamanahkan untuk mengedarkan beras 10kg sumbangan Kerajaan Negeri Johor di kawasan Taman Perumahan dalam Kampung Abdullah iaitu Taman Ria, Taman Ros, Taman Abdullah dan Taman Sia Her Yam dalam Mukim Sungai Segamat bersama Ahli Majlis MPS.
Sumbangan beras ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk semua Ketua Isi Rumah dalam negeri ini. Ia berlangsung dari 27 - 30 April dan 8 - 30 Mei secara berperingkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)