‘KAMI ADALAH KUMPULAN SOKONGAN, MENYUMBANG KEMBALI TERHADAP APA YANG PERNAH LALUI DULU’
SEGAMAT, 13 Julai - “Projek Sukarelawan Pendidikan merupakan satu projek kumpulan sokongan untuk program bersifat akademik.
Kali ini, ia memfokus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan penumpuan subjek Matematik. Untuk Fasa 1, ia akan dilaksanakan Julai, Ogos dan September ini,” jelas Mohd Khairul Izuan Abdul Aziz, Ketua Projek Sukarelawan Pendidikan kali ini kepada YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap, ADUN Pemanis di pejabat beliau pagi tadi.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, Izuan dan Zulfahmi telah menerangkan kepada YB ADUN berkenaan pelaksanaan Projek Sukarelawan Pendidikan - Bengkel Intervensi Matematik SPM 2022 setelah kali terakhir dapat dilaksanakan pada tahun 2020.
“Kami adalah antara yang pernah menerima manfaat dari projek seumpama ini dahulu. Kami diajar untuk memberi kembali agar kitara itu berterusan,” tambah Izuan lagi.
Seperti tahun 2020 dahulu, projek ini akan dilaksanakan di dua buah sekolah menengah.
“Saya komited terhadap program - program bersifat pendidikan ini. Kita dalam usaha untuk memastikan sekolah - sekolah dalam DUN Pemanis mencapai kecemerlangan,” ujar YB Anuar.
#TeamG2 #BungaBangsa #SukarelawanPendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)