Isnin, 19 Disember 2022

[1,086] ARPRM Emas - Penyerahan Laporan ke Kementerian Belia dan Sukan

LAPORAN ARPRM #Emas31, #Emas32 DAN #Emas33 DISERAH KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 

PUTRAJAYA, 4 Julai - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini menyerahkan Laporan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas ke 31, 32 dan 33 ke Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Laporan itu diserahkan oleh peserta ARPRM masing - masing yang telah selesai cabaran bagi komponen yang ditetapkan.

Ia diterima oleh Penolong Pengarah (Rakan Muda), Puan Nur Hashiqin M Ali Othman. Beliau juga telah menyemak dan membuat penilaian / refleksi ringkas bersama peserta.

#Emas31 adalah Muhamad Khairul Izuan Aziz, #Emas32 Zulfahmi Zain dan #Emas33 adalah Mohd Fakhrul Aiman Rezal. Mereka semua di bawah permentoran Encik Mizam Rahim dan Azizi Abd Rahim. 




#TeamG2 sebagai Badan Operasi (BO) Bertauliah ARPRM menyasarkan tujuh pesertanya akan melengkapkan laporan Tahap Emas tahun ini.

Program ARPRM adalah adaptasi dari The Duke Of Edinburgh’s International Award (DofE) yang diasaskan dan berpangkalan di United Kingdom. Ia dilaksanakan oleh lebih 140 buah negara di seluruh dunia, khusus untuk remaja berusia 14 - 24 tahun.

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada Izuan, Fahmi dan Aiman di atas penyempurnaan cabaran lebih 4 tahun bermula dari Gangsa sehingga Emas.

#AwardJourney #ARPRM #GoldJourney #DoE #DofE #BungaBangsa #LearningCurve #SekolahJalanan



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...