Isnin, 19 Disember 2022

[1,095] Sekolah Politik 3.0 - Majlis Bellia Malaysia

 ‘Sekolah Politik Berikan Saya Pemahaman Bagaimana Demokarasi Berfungsi Di Negara Kita’

BANGI, 14 Julai - “Mengikuti Sekolah Politik 3.0 ini memberikan saya pemahaman yang lebih jelas bagaimana demokrasi berfungsi dalam negara kita.

“Menerusinya juga, saya kini lebih merasakan bahawa kita generasi muda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorakkan negara ini,” ujar Mohd Sharizan, 19 tahun, salah seorang peserta Sekolah Politik 3.0 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau merupakan salah seorang dari lima orang aktivis #TeamG2 yang menyertai Sekolah Politik 3.0. Selain beliau, turut bersama adalah Mohd Hafiz Ahmad, Kadem Abdul Kahar, Mohd Affif Haziq Malik dan Mohd Khairul Izuan Abdul Aziz.

Program sehari itu diadakan di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.


\

Ia diadakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Akademi Pilihanraya Malaysia, Majlis Belia Orang Kurang Upaya, National Council for The Blind Malaysia dan Independent Living Centre.

YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, ADUN Melaka merangkap Timbalan Speaker DUN Melaka telah menyampaikan ucaptama dan merasmikan majlis.

Sesi - sesi telah dikendalikan oleh antaranya Dr Mazlan Che Soh (UiTM), Mohd Zabadi Baharudin (Pegawai Latihan, Akademi Pilihanraya Malaysia), Mohd Faiz Shuhaimi (Presiden Majlis Belia OKU) dan Akmal Hisham Abdul Rahim (UiTM).

#SekolahPolitik3



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...