Khamis, 22 Disember 2022

[1,141] Pengurusan Pendidikan Lepasan SPM - Bahagian 1

 Bahagian 1 : PENGURUSAN PENDIDIKAN TINGGI LEPASAN SPM 2021 - KEMASUKAN SESI 2022 / 23

SEPANJANG JULAI DAN OGOS 2022 - #TeamG2 telah menyelesaikan beberapa siri sesi konsultasi dan pengurusan dokumen bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, Sijil, Asasi dan Matrikulasi bagi lepasan SPM 2021 setelah keputusan calon jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia dibahagian kepada 3 komponen pengurusan yang utama, iaitu : Dokumen ke Institusi, dokumen bantuan pendaftaran dan dokumen pembiayaan sepanjang tempoh pengajian.

Sesi diatur dengan lima tujuan utama iaitu : 

1. Menerangkan langkah - langkah yang perlu diambil dengan segera bagi menyempurnakan dokumen ke Institusi.

2. Menerangkan langkah - langkah segera untuk tindakan segala bantuan Kerajaan untuk ke Institusi.

3. Menyemak segala keperluan yang tersangkut, terhalang dan perlu intervensi segera.

4. Menyediakan senarai semak setiap orang apa yang perlu dibuat dan diambil tindakan.

5. Menyediakan ruang untuk proses - proses seperti salinan dokumen, pengaturan pengesahan dokumen dan lain - lain perkara.

Sejak lebih 15 tahun dahulu, #TeamG2 melaksanakan kesukarelaan pendidikan untuk pengajian tinggi ini tanpa terputus. Ia adalah sebahagian mekanisme perlindungan masa hadapan untuk pembinaan generasi.

Selamat maju jaya kepada semua yang menyambung pengajian. Timba ilmu, raih pengalaman dan kembali menyumbang.

#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...