BELAJAR SUNTINGAN GRAFIK MENERUSI TELEFON BIMBIT
BANDAR PUTRA, 2 Julai - Seramai 11 orang peserta dan alumni ARPRM dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengikuti Bengkel ‘Mobile Graphic Editing’ iaitu belajar suntingan grafik menerusi telefon bimbit di Kolej Komuniti Segamat, dekat sini.
Ia telah diajar oleh Puan Anita, pensyarah kolej berkenaan.
Keseluruhannya, seramai 40 peserta telah menyertai bengkel selama 5 jam ini.
Kolej Komuniti sentiasa menawarkan pelbagai kursus dan bengkel pendek sebagai sebahagian dari usaha peningkatan ilmu dan kemahiran di kalangan komuniti. Ia selaras dengan falsafah mereka iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Program adalah anjuran Wanita Bahagian Sekijang dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat.
Sijil telah disampaikan oleh Puan Anita diringi Penyelaras Program, Puan Atikah.
#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM #DoE #DofE #AwardJourney #LearningCurve
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)