Khamis, 22 Disember 2022

[1,171] ‘Demokrasi Itu Mahal Harganya’

‘Demokrasi Itu Mahal Harganya’

PADANG SERAI, 7 Disember - “Demokrasi itu mahal harganya. Ada benda yang harus dikorbankan demi menegakkan demokrasi,” demikian ulas Encik Razif Joraimi, Timbalan Pengarah SPR Negeri Melaka ketika dihubungi sejurus selesai pengundian untuk Pilihanraya Umum (PRU) kerusi P017 Padang Serai.

Beliau yang bertindak sebagai Pegawai Bertanggungjawab (PB) SPR untuk Pusat Mengundi SK Lunas Jaya juga menambah, “Rakyat harus keluar mengundi dan terima suara majoriti supaya tiada lagi ketidaktentuan.”

Encik Razif, aktivis dan sukarelawan #TeamG2 merupakan anak peneroka FELDA Pemanis 2 dan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Berkhidmat untuk SPR, beliau terlibat secara terus di lapangan pada setiap kali Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri mahupun Pilihanraya Kecil.

Dari Lembah Kita Lahirkan #BungaBangsa







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...