Catatan Suria Sipon, Ahli Dewan Muda Johor yang telah menyelesaikan Persidangan Dewan Muda Johor pada 16 - 17 Julai lepas.
Suria merupakan aktivis dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang mempunyai rekod amat cemerlang dengan pelbagai pencapaian dan anugerah.
PERSIDANGAN DEWAN MUDA JOHOR SESI 2022 BIL 1
16 Julai 2022
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar
Barisan Ahli Dewan Muda Johor bagi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi & Kerohanian bersama YAB Menteri Besar Johor Dato' Onn Hafiz bin Ghazi yang telah merasmikan Pembukaan Sidang Dewan Muda Johor (DMJ) Sesi 2022 Bil 1.
Turut bersama, Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor merangkap Penasihat DMJ, YB Tuan Mohd Hairi Md Shah; YDP DMJ, YB Datuk Ayub Rahmat; ADUN Panti merangkap Timbalan YDP I DMJ, YB Tuan Hahasrin Hashim; ADUN Parit Raja merangkap Timbalan YDP II DMJ, YB Puan Nor Rashidah Ramli; ADUN Kota Iskandar, YB Tuan Haji Pandak Ahmad dan Pengarah Institut Dato’ Onn merangkap Penasihat DMJ, Tuan Haji Farizal Ismail yang turut hadir.
17 JULAI 2022
Hari ke-2
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar
Hari kedua persidangan merupakan giliran Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi & Kerohanian Dewan Muda Johor membentangkan usul. Suria merupakan pembahas ketiga ketika jawatankuasa beliau bersidang. Setelah lima tuntutan dibahaskan oleh pembahas ketika bersidang, usul telah dipersetujui oleh majoriti Ahli Dewan Muda Johor.
Persidangan DMJ diakhiri dengan ucapan penggulungan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor merangkap Penasihat DMJ.
#Demijohoruntukmalaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)