PROJEK ARPRM BOOSTER PERINGKAT NEGERI JOHOR BERMULA, SMK TENANG STESYEN MENJADI YANG PERTAMA
LABIS, 29 Mei - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan SMK Tenang Stesyen hari ini memulakan projek ARPRM Booster, bertempat di sekolah berkenaan.
Ia dibantu dengan sokongan dan kerjasama dari Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.
ARPRM merupakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang dilaksanakan lebih 130 buah negara pada peringkat antarabangsa dengan nama The Duke of Edinburgh's International Award (Dofe).
Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Mentor ARPRM #TeamG2, Encik Armizam Abd Rahim yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan. Beliau dibantu oleh dua orang lagi penceramah iaitu Mohd Khairul Izuan Abdul Aziz dan Kadem Abdul Kahar, kedua - duanya bakal tauliah Emas tahun ini.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohamad Fadhil bin Jamal, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, wakil rasmi Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Sebelum itu, semasa perhimpunan pagi, Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah merasmikan majlis penutup Minggu Anti Dadah sekolah berkenaan.
Seramai 200 oraang pelajar dari tingkatan 2 sehingga 5 telah mengikuti sesi ARPRM Booster.
Tuan Haji Muzaffar Shah Gahzali, Pengetua SMK Tenang Stesyen dalam ulasannya melahirkan harapan yang besar agar projek ARPRM ini dapat meningkatkan lagi kualiti kokuriukulum dan kecemerlangan sekolah.
#ARPRM #ARPRMbooster #TES84 #RakanMuda #DofE #DoE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)