INTERVENSI SAINS DAN MATEMATIK SMK SERI JEMENTAH
SIRI 1 : Bual Bicara - 4W1H To Survive in the Science Stream
JEMENTAH, 28 Ogos - Seramai 9 orang mahasiswa dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis pagi ini telah menyempurnakan Program Intervensi Sains dan Matematik di SMK Seri Jementah.
Siri 1 ini berkonsepkan perkongsian dalam kumpulan dan bual bicara dengan tajuk ‘4W1H - To Survive in the Science Stream’. Program disertai oleh seramai 36 orang pelajar aliran sains dari Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, selain pelajar inovasi dari Tingkatan 2 dan 3.
Pengetua sekolah berkenaan, Tuan Sharil Ali telah memberikan ucaptama dalam pembukaan program di samping menyampaikan sijil penghargaan kepada Persatuan dan semua fasilitator terlibat.
Program selama 3 jam itu terbahagi kepada 3 segment utama : Perkongsian di dalam kumpulan kecil 3 – 4 orang mengenai pembelajaran di dalam aliran Sains, sesi Hidup Lepas SPM berkenaan halatuju pelajar dan Perkongsian Pengalaman Inovasi.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik iaitu Cikgu Normah Taib di atas kesudian menjemput pasukan mahasiswa #TeamG2 untuk program ini.
Nurul Asyikin binti Basri – mahasiawa JPA Tahun akhir Bioperubatan, UM
Nora Asyikin binti Musa - Lepasan Matrikulasi Sains Komputer, KMJ
Nuraliah Syamimi binti Abdul Wahab – mahasiswa JPA Tahun 2 Statistik, UiTM
Muhammad Affif bin Haziq – mahasiwa tahun akhir Diploma Komunikasi Massa, UiTM
Hairul Asraf bin Abas – mahasiswa JPA tahun akhir Pengajian Polisi, UMT
Muhammad Iman bin Norizam – mahasiswa JPA tahun 3 Sains Kimia, UiTM
Muhammad Irfan bin Abdullah – mahasiswa JPA tahun 3 Kejuruteraan Mekanikal, UKM
Izzat Danish bin Aidil – lepasan Asasi Sains Kemanusian, UIA
Muhamad Zulfahmi bin Mohd Zain - Lepasan Matrikulasi Sains Hayat, KMJ
Tahniah kepada semua pelajar SMK Seri Jementah. Semoga program ini menjadi titik mula untuk bangkit dan berjuang berterusan bagi kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM nanti.
#InklusivitiPendidikan #BungaBangsa #SukarelawanPendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)