Khamis, 22 Disember 2022

[1,169] Bengkel Pendekatan Baharu Gaya Hidup Rakan Muda

BENGKEL PENDEKATAN BAHARU PROGRAM GAYA HIDUP RAKAN MUDA 

PUTRAJAYA, 20 Disember - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Bengkel Pendekatan Baharu Gaya Hidup Rakan Muda bertempat di Kementerian tersebut.

Bengkel sehari itu telah dibuka dengan amanat dari Tuan Mohd Azhari, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Ia disertai seramai 28 orang pemegang taruh Rakan Muda terdiri dari Pegawai - Pegawai KBS, Badan Operasi ARPRM, Sekretariat Rakan Muda IPT dan alumni program Rakan Muda.

Bengkel adalah bagi mencari pendekatan baharu dalam nafas Rakan Muda yang telah diperkenalkan pada 29 Oktober 1994 dahulu. Ia sebahagian dari memenuhi aspirasi YB Menteri yang begitu mengambil berat terhadap Rakan Muda.

Ketua Mentor ARPRM #TeamG2, Encik Armizam telah menghadiri bengkel tersebut. Beliau terlibat dalam Program Rakan Muda sejak tahun 2000 dan secara serius melaksanakannya menerusi Program ARPRM sejak 2004.

#RakanMuda

#YakinBoleh



























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...