Sekitar minggu lepas dan minggu ini untuk beberapa urusan Pendidikan Lepasan SPM 2021 - Pengesahan Dokomen dan Saksi.
Terima kasih Encik Muhammad Lutfi bin Abas, Penolong Pegawai Daerah (ADO) (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Segamat dan Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat yang membantu proses.
Ia melibatkan bakal pelajar lepasan SPM 2021 yang menyambung pengajian pada peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Diploma di Politeknik dan Sijil TVET Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Para pelajar lepasan SPM 2021 telah mula mendapat tempat pengajian malah ada yang telah mendaftar secara fizikal. Tahniah diucapkan kepada semua terutama dari aktivis #TeamG2.
Pengurusan kes - kes pendidikan ini dijangka berterusan sehingga awal Oktober apabila pelajar baharu Sarjana Muda mendaftar masuk.
Dari Lembah Kita Lahirkan #BungaBangsa
#SPM2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)