SEGAMAT, 30 Mei - Yang DiPertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), YM Ungku Mohd Tahir Ungku Zakaria telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri tengah hari tadi. Ia diadakan di kediaman rasmi beliau.
Beliau juga merupakan Pengerusi Southern Volunteers (SV) Daerah Segamat bagi PBT MPS.
Selain jemputan yang lain, SV Daerah Segamat juga turut dijemput bersama. Tidak ketinggalan menghadiri adalah SV dari #TeamG2 yang kini sedang menyelesaikan misi Bantuan Kasih Bangsa Johor di dua buah DUN : Pemanis dan Kemelah.
Terima kasih YM Ungku di atas jemputan, layanan mesra dan hidangan enak yang diberikan.
#Syawal2022 #Syawal1443
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)