JERANTUT, 13 - 15 Jun - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Bengkel Renovasi ARPRM 2.0 melibatkan Jawatankuasa Teknikal dan Operasi (JKOT) dengan ahli jemputan Persatuan Emas Belia Perdana Malaysia (MAGAA).
Perbincangan, pertukaran idea dan perkongsian pengalaman amat diperlukan dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan potensi belia terus diperkasakan.
Bengkel ini mengumpulkan pakar-pakar rujuk anugerah dalam mengetengah, berbincang serta mencari titik penyelesaian berkaitan isu yang melibatkan ARPRM. Ia diadakan di FELDA Residence Tekam, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak, Jerantut.
Pengisian bengkel ini juga melibatkan saringan calon Anugerah Perdana Belia Negara (Kategori Emas Remaja Perdana), pembentangan draf manual ARPRM, pembangunan modul pemimpin dan beberapa slot yang lain.
Turut hadir, Pn. Marina Nafi, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
#BengkelRenovasiARPRM
#ARPRM
#RakanMuda
#JBSNBersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)