Bengkel Pra-Persidangan Dewan Muda Johor 2022
JOHOR BAHRU, 11-12 Jun 2022 - Selama dua hari telah berlangsung Bengkel Pra Persidangan Dewan Muda Johor (DMJ) bertempat di Hotel Trove, di sini.
Suria Sipon dari #TeamG2 merupakan salah seorang Ahli DMJ yang berada di bawah Exco Pendidikan, Teknologi & Kerohanian.
Agenda utama persidangan adalah perbincangan dan peembentangan Usul bagi Persidangan DMJ.
Setiap exco diberi tugas untuk memberikan satu usul persekutuan dan dua berkaitan usul negeri.
Setiap usul telah selesai dibentangkan di hadapan empat org panel iaitu :
1) En Firdaus Samad, DP Permodalan Takzim
2) En Isamuddin Isa, Pegawai Khas YAB, MBJ
3) Farid Firuz, Pejabat Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor
4) En Najhan Rahim, Timbalan Pengarah IDO
Usul-usul yang telah ditambahbaik akan diundi untuk menentukan usul manakah yang akan dibahaskan di persidangan DMJ.
#DewanMuda #BangsaJohor #TeamG2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)