Isnin, 19 Disember 2022

[1,077] Program Komuniti Bebas Dadah : TOT NGO - Kepimpinan Sinergi

 AADK ANJUR PROGRAM KOMUNITI BEBAS DADAH : TOT NGO - KEPIMPINAN SINERGI

SEGAMAT, 19 JUN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat hari ini menganjurkan Program Komuniti Bebas Dadah - TOT NGO : SInergi Komuniti. Ia diadakan di Dewan Masjid Bandar Putra, Segamat.

Seramai lebih 80 orang peserta terdiri dari Ketua Kampung, Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pemimpin Komuniti dan Persatuan Belia telah menghadirinya.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar 6 orang untuk mengikuti program ini.

Program dimulakan dengan sesi Kempimpinan Era Gloibalisasi yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ikhsan Jaapar, Guru Besar Sekolah Agama Gemereh merangkap Ikon Antidadah Daerah Segamat.


Ia kemudian disusuli oleh sesi Taklimat Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) oleh Puan Norliza Abd Mutalib, Pegawai Eksekutif Kanan PERKESO Daerah Segamat.

Sesi kemudian diteruskan dengan perkongsian dari Encik Nasrul, Penolong Pegawai AADK Daerah Segamat menerusi Kempen Lebih Baik Cegah, Dadah Terkawal 2025 dan Pelencongan Sosial.

Program telah ditutup rasmi oleh Encik Ishak Abu Bakar, Penghulu Mukim Sungai Segamat.

#TeamG2

#LebihBaikCegah

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimsGuys

#KeluargaMalaysia















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...