DUA SEKOLAH TERLIBAT DALAM KAJIAN RINTIS PEMIKIRAN MATEMATIK
SEGAMAT, 13 Jun - Dua buah sekolah dipilih sebagai sekolah kajian rintis bagi projek Pemikiran Matematik yang dilaksanakan oleh pelajar Sarjana, Norshahira Isa.
Sekolah terlibat adalah SMK Tenang Stesyen dan SMK Tinggi Segamat, kedua - duanya melibatkan seluruh pelajar Tingkatan Dua.
Shahira sedang melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau dibantu oleh Sukarelawan #TeamG2 dalam melaksanakan kajian tersebut iaitu Mohd Khairul Izuan Abd Aziz dan Muhd Zulfahmi Mohd Zain.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali dan Puan Rohaya Md Zain, kedua - duanya Pengetua sekolah berkenaan di atas keizinan dan kerjasama yang diberikan.
#BungaBangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)