Isnin, 19 Disember 2022

[1,078] ARPRM Booster Peringkat Negeri Selangor

ARPRM BERI PENGIKTIRAFAN KEGIATAN KOKURIKULUM, PENGETUA DAN GPK KOKURIKULUM DIBERIKAN PENERANGAN

KUALA SELANGOR, 22 JUN - Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Booster Peringkat Negeri Selangor telah dilancarkan di SMK Bukit Kucing Tengah, Jeram, Kuala Selangor dengan memberi pengiktirafan kepada kegiatan kokurikulum pelajar.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Noorazley bin Yahya, Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik, Menteri Kewangan Malaysia (MOF) dan diiringi oleh Cik Look Xin Dey, Pegawai Belia & Sukan Daerah Kuala Selangor.

Objektif program ARPRM Booster ini adalah sebagai satu platform buat Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Badan Operasi (BO) untuk berkongsi berkaitan ARPRM serta inisiatif-inisiatif Rakan Muda yang lain khususnya buat golongan muda.

Pada majlis itu, diadakn juga Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa dan Perak untuk para pelajar yang telah menyempurnakan keperluan pengiktirafan.

Program ARPRM Booster diisi dengan dua slot yang amat bermakna iaitu sesi bersama pelajar dan sesi bersama Pengetua / Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum sekolah – sekolah dalam daerah Kuala Selangor.

Pasukan ARPRM dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis seramai 4 orang telah bersama mengendalikan slot dan pameran.


Sesi Bersama Pelajar telah dikendalikan oleh Encik Azuan (Pemegang Emas ARPRM Negeri Selangor) bersama Encik Kamsari Subroto (Pemegang Emas ARPRM Negeri Johor dari #TeamG2).

Manakala Sesi Bersama Pengetua dan GPK pula dikendalikan oleh Encik Armizam Abd Rahim (Jawatankuasa Operasi dan Teknilkal ARPRM Kebangsaan) dan Encik Mohd Khairul Izuan Abd Aziz (Peserta Tahap Emas ARPRM).

Mohd Hafiz Ahmad pula mengendalikan ruang pameran ARPRM yang bertujuan untuk menarik perhatian pelajar untuk lebih memahami pelaksanaan program berkenaan.

ARPRM Booster diperkenalkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ia merupakan lanjutan dari persefahaman di antara kementerian tersebut dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang tel;ah termeterai sejak 2007 dahulu.

#ARPRM #ARPRMbooster #DofE #DoE #WorldReady


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...