JAMUAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGARGAAN SOUTHER VOLUNTEERS DUN PEMANIS
KUALA SUNGAI CHODAN, 10 Jun - Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Pemanis, YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap telah meraikan sukarelawan Southern Volunteers (SV) DUN Pemanis dalam satu majlis malam tadi bertempat di Restoren Uda Lee di sini.
Turut bersama adalah Penghulu Mukim Jabi, Tok Shahrizan juga Ketua - Ketua Kampung dan pemimpin komuniti.
Seramai 25 orang SV DUN Pemanis telah hadir. Daripada #TeamG2, seramai 12 orang telah bersama meliputi 7 orang SV yang berkhidmat untuk DUN Pemanis dan 5 orang DUN Kemelah.
Projek Bantuan Kasih Bangsa Johor - Bantuan Beras telah berlangsung semenjak penghujung April hingga Jun ini melibatkan 25 orang sukarelawan SV dan semua Ketua Isi Keluarga setiap DUN.
Ia merupakan projek Kerajaan Negeri Johor yang memberi sumbangan 10kg beras kepada Ketua Isi Keluarga dalam negeri Johor.
Untuk DUN Pemanis sahaja, ia melibatkan hampir 10,000 beg beras diedarkan.
#SouthernVolunteers #DUNPemanis #BangsaJohor #BantuanBeras
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)